Sunday, February 28, 2010

Biodata Sheikh Abdullah Azzam

Dr. Sheikh Abdullah Yusuf Azzam. Warga Palestin. Dibunuh pada 24 November 1989 di Pashawar, Pakistan, berumur 48.

Time Magazine telah menulis tentangnya yang ‘beliau adalah penghidup Jihad pada abad 20’. Dilahirkan di sebuah kampung bernama Ass-ba’ah Al-Hartiyeh, wilayah Jineen, di tanah suci Palestin pada tahun 1941. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan didikan Islam, serta diterapkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya (SAW), mereka yang berJihad di jalan Allah, orang-orang benar dan yang ingin akan akhirat. Abdullah Azzam berbeza dengan kanak-kanak lain, beliau sudah mula menyebarkan islam sejak kecil lagi. Beliau dikenali oleh teman-teman sebagai seorang anak soleh. Beliau menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan pada awal usia, dan guru-gurunya mengetahui hal ini ketika beliau masih di sekolah rendah

Sheikh Abdullah Azzam dikenali dengan sifat ketabahan dan keseriusan sejak kecil. Beliau menerima pendidikan sekolah rendah dan menegah di kampunya, dan melanjutkan pelajaran di Khadorri Agricultural College dimana beliau memperoleh Ijazah Diploma. Walaupun merupakan yang termuda diantara rakan-rakan, beliau adalah yang paling pandai dan cerdas. Selepas lulus dari Khadorri College, beliau bekerja sebagai seorang guru di kampung Addar di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyertai Kuliah Sharia di Universiti Damascus dimana beliau memperoleh Ijazah B.A. dalam Shariah pada 1966. Selepas orang yahudi menakluk Tebing Barat pada 1967 Sheikh Abdullah Azzam mangambil keputusan untuk berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak sanggup hidup dibawah pencerobohan Palestine. Kekejaman orang israel dengan mengerakkan kereta kebal mereka di Tebing Barat tanpa sebarang tentangan membuatnya semkain bertekad untuk berhijrah supaya dapat mempelajari kemahiran hendak melawan mereka.

Pada akhir 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Tidak lama kemudian beliau pergi ke Mesir dan memperoleh Ijazah Masters dalam Shariah dari University Al-Azhar. Pada 1970 dan selepas Jihad terhenti buat sementara akibat PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau mengambil tempat sebagai tenaga pengajar di Universiti Jordan di Amman. Pada 1971 beliau mendapat biasiswa untuk ke Al-Azhar Univeristi dimana beliau mendapat Ijazah Ph.D dalam Usool-ul-Fiqh pada 1973. Semasa tinggal di mesir beliau turut sempat berkenalan dengan keluarga Sayyed Qutb.

Shiekh Abdullah Azzam telah menghabiskan banyak masa dalam menyertai Jihad di Palestin. Namun, hal di situ tidak begitu disukai oleh beliau, kerana mereka yang terlibat dalam Jihad telah terpesong jauh dari Islam. Beliau pernah menceritakan bagaimana orang-orang di situ menghabiskan masa bermain kad pada waktu malam dan mendengar muzik, dalam ilusi bahawa mereka sedang berjihad untuk membebaskan Palestin. Sheikh Abdullah Azzam telah menyebutkan bahawa daripada beribu kem yang beliau pernah masuk, bilangan mereka yang Solat Berjemaah begitu sikit sehingga dapat dikira dengan mengunakan jari. Beliau cuba membawa mereka ke jalan Islam tetapi mereka menolak usahanya. Pada suatu hari beliau secara retorik menyoal seorang dari kalangan ‘Mujahideen’ apakah agama disebalik revolusi Palestin, yang mana orang itu menjawap, dengan cukup jelas dan terus terang, “Revolusi ini tiada agama disebaliknya.” Kerana itulah Sheikh Abdullah Azzam meningalkan Palestin, dan pergi ke Saudi Arabia untuk mengajar di universiti-universiti di sana.

Apabila Sheikh Azzam sedar bahawa hanya melalui kekuatan yang terancang, akan Ummah ini beroleh kemenangan, lalu Jihad dan senjata menjadi kerja dan rekreasinya. “Jihad dan raifal sendiri: tiada perundingang, tiada persidangang, tiada dialog,” katanya. Dengan beramal pada apa yang beliau serukan, Sheikh Abdullah Azzam merupakan salah seorang daripada warga Arab yang pertama menyertai Jihad Afghan menentang komunis Kesatuan Soviet.

Pada 1979, apabila beliau dapat tahu tentang Jihad Afghan, beliau meninggalkan posisi sebagai tenaga pengajar di King Abdul-Aziz University di Jeddah, Arab Saudi dan pergi ke Islamabad, Pakistan, supaya dapat menyertai Jihad. Beliau berpindah ke Pakistan supaya dapat berada dekat dengan Jihad Afghan, dan di situlah beliau berkenalan dengan pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa waktu awal tinggal di Pakistan, beliau dilantik sebagai pensyarah di International Islamic University di Islamabad. Selepas kemudian beliau terpaksa meletak jawatan di Universiti tersebut untuk menumpukan tenaga dan masa sepenuhnya kepada Jihad di Afghanistan.

Pada awal 1980-an, Sheikh Abdullah azzam datang untuk mengalami Jihad di Afghanistan. Dalam Jihad ini beliau mendapat kepuasan dari kerinduan dan perasaan cinta yang tak terhingga untuk berperang di jalan Allah, sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) “Satu jam yang dihabiskan untuk berperang di Jalan Allah adalah lebih beharga daripada tujuh puluh tahun bersembahyang di rumah.” [Sahih, At-Tirmithi dan Al-Hakem].

Terinspirasi oleh Hadith ini, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah dengan keluarganya ke Pakistan agar dapat berada berhampiran dengan medan Jihad. Tidak lama kemudian, beliau berpindah pula dari Islamabad ke Peshawar untuk lebih mendekati medan Jihad dan para Syahid.

Di Peshawar, Sheikh Abdullah Azzam telah menubuhkan Bait-ul-Ansar (Biro Perkhidmatan Mujahideen) dengan matlamat untuk menawarkan segala kemungkinan bantuan kepada Jihad Afghan dan Mujhideen melalui menubuhkan dan menguruskan projek-projek yang selari dengan matlamat itu. Biro itu juga menerima dan melatih sukarelawan yang datang mencurah ke Pakistan untuk menyertai Jihad dan mengagihkan mereka ke baris depan.

Tidak mengejutkanlah, ini tidak cukup untuk memenuhi keinginan membara beliau untuk berJihad. Keinginan tersebut akhirnya mendorong beliau untuk pergi ke baris depan. Di medan perang, beliau dengan anggun memainkan peranan yang ditakdirkan kepada beliau dalam epik kepahlawanan itu.

Di Afghanistan, beliau hampir tidak pernah menetap di satu-satu tempat. Beliau mengembara ke seluruh negeri dan wilayah seperti Lujer, Qandahar, Hindukush Heights, Lembah Binjistr, Kabul dan Jalalabad. Perjalanan ini membenarkan Sheikh Abdullah Azzam untuk menyaksikan sendiri perlawanan yang heroik orang biasa ini (orang Afghan), yang telah mengorbankan segala harta yang mereka miliki -termasuk nyawa merea sendiri- untuk keunggulan Agama Islam.

Di Peshawar, setelah kembali dari perjalanan ini, Sheikh Azzam selalu berbicara tentang Jihad. Beliau berdoa untuk mengembalikan kesatuan di antara komander Mujahideen yang berpecah-belah; menyeru kepada mereka yang belum lagi menyertai perjuangan ini untuk mengangkat senjata dan mengikutinya ke baris depan sebelum terlambat.

Abdullah Azzam sangat dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan Jihad sangat bergantung kepadanya sejak beliau mengabdikan sepenuh masa untuk pejuangan itu. Beliau menjadi tokoh yang paling menonjol dalam Jihad Afghan selain daripada pemimpin Afghanistan. Beliau tidak terhindar untuk berusaha mempromosikan perjuangan Afghan kepada seluruh dunia, khususnya melalui umat Islam. Beliau berkelana ke seluruh dunia, menyerukan Umat Islam untuk bersatu membela agama dan tanah mereka. Beliau telah menulis sejumlah buku tentang Jihad, seperti seperti ‘Join the Caravan’ dan ‘Defence of the Muslim Land’. Selain itu, beliau sendiri mengikut serta dalam Jihad Afghanistan, meskipun beliau sudah berusia empat puluh tahun lebih. Beliau merentasi Afghanistan, dari utara ke selatan, timur ke barat, dalam salji, melalui pegunungan, dalam panas dan dingin, menunggang keldai dan berjalan kaki. Laki-laki muda bersama beliau selalu mudah putuas asa dari kerahan tenaga seperti itu, tetapi tidak Sheikh Abdullah Azzam.

Beliau merubah fikiran umat Islam tentang Jihad di Afghanistan dan Jihad diperkenalkan sebagai perjuangan Islam yang berkait rapat dengan semua umat Islam di seluruh dunia. Kerana usaha beliau-lah, Jihad Afghan menjadi universal dimana umat Islam daripada setiap bahagian dunia menyertainya. Tidak lama kemudian, pejuang sukarelawan Islam mulai hadir ke Afghanistan dari keempat penjuru dunia, untuk memenuhi kewajipan mereka berJihad dan membela saudara-saudara Muslim mereka yang ditindas.

Kehidupan Sheikh berkisar pada satu tujuan, iaitu pembentukan Shariah Allah di muka bumi, jelas ini menjadi tanggungjawab setiap dan semua Muslim. Jadi untuk mencapai misi hidupnya yang mulia iaitu mengembalikan Khilafah, Sheikh menumpukan pada jihad (perjuangan bersenjata untuk menegakkan Islam). Beliau percaya Jihad wajib dilaksanakan sampai Khilafah (Hukum Islam) ditubuhkan dan sehingga cahaya Islam bersinar ke seluruh dunia.

Sheikh Abdullah Azzam melakukan Jihad dengan segala cara yang mungkin, menyahut seruan Allah:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” [Quran, 9:41]

Beliau juga mengasuh keluarganya dalam semangat yang sama, contohnya, isteri beliau terlibat dalam penjagaan anak yatim dan pekerjaan kemanusiaan lainnya di Afghanistan. Beliau menolak kedudukan mengajar di sejumlah universiti, menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti berJihad sehingga beliau meninggal atau dibunuh. Beliau sentiasa menegaskan kembali bahawa tujuan utamanya masih tetap untuk membebaskan Palestin. Beliau pernah dipetik dengan kata-kata, “Tidak sesekali aku akan meninggalkan bumi Jihad, kecuali dalam tiga keadaan. Sama ada aku akan terbunuh di Afghanistan, terbunuh di Peshawar atau akan digari dan diusir dari Pakistan. “


Jihad di Afghanistan telah membuat Abdullah Azzam tunggak utama gerakan Jihad di zaman moden. Melalui mengambil bahagian dalam Jihad ini, dan melalui mempromosikan dan menjelaskan halangan yang wujud di jalan Jihad, beliau memainkan peranan penting dalam mengubah fikiran Muslim tentang Jihad dan keperluan mengadakannya. Beliau adalah teladan bagi generasi muda yang menyahut panggilan jihad. Beliau mempunyai penghargaan besar terhadap Jihad dan keperluan untuk mengadakannya. Pernah beliau berkata, “Saya merasa bahawa saya berusia sembilan tahun: tujuh-dan-setengah tahun di Jihad Afghan, satu-dan-setengah tahun di Jihad Palestin, dan selain itu adalah dari tahun-tahun yang tidak bernilai.”


Dari mimbar, Syeikh Azzam selalu mengulangi keyakinannya bahawa: “Jihad tidak boleh
diabaikan sehingga Allah (SWT) sahaja disembah. Jihad berlanjutan sampailah Kalimah Allah ditinggikan. Jihad sehingga semua orang yang ditindas dibebaskan. Jihad untuk melindungi martabat dan memulihkan tanah kita yang dicerobohi. Jihad adalah jalan kemuliaan yang berkekalan.”

Sejarah, serta siapa saja yang kenal Sheikh Abdullah Azzam, semua bersaksi kepada keberaniannya dalam mengatakan yang benar, walau apapun akibatnya. Beliau selalu mengingati perintah Allah:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

“Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik.”[Al-Quran, 15:94].

Pada setiap kesempatan Sheikh Abdullah Azzam mengingatkan seluruh kaum muslimin bahawa, “Muslim tidak dapat ditewaskan oleh orang lain. Kita Muslim tidak ditewaskan oleh musuh-musuh kita, tetapi sebaliknya, kita ditewaskan oleh diri kita sendiri”

Beliau adalah contoh yang terbaik berkenaan akhlak Islam, dalam kesolehan, pengabdian kepada Allah dan kesopanan dalam semua benda. Beliau tidak pernah terlalu memuji-muji dalam berhubungan dengan orang lain. Sheikh Azzam selalu mendengarkan para pemuda, beliau bermaruah dan tidak membiarkan rasa takut untuk bertempat pada hatinya yang penuh dengan keberanian. Beliau mengamalkan berpuasa terus-menerus terutamanya puasa selang satu hari seperti Nabi Daud (SAW). Beliau sangat mengesyorkan orang lain untuk mengamalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Syeikh adalah seorang yang lurus, jujur dan berkelakuan baik, dan tidak pernah didengari menfitnahkan orang lain atau berkata buruk tentang seorang Muslim.

Ketika Jihad di Afghanistan berlangsung, beliau berjaya dalam menyatukan semua kumpulan pejuang dalam Jihad Afghan. Tentu saja, kebanggaan seperti ini di dalam Islam menlahirkan rasa resah di kalangan musuh-musuh agama ini, dan mereka berkomplot untuk menghapuskan beliau. Pada tahun 1989 Masihi, sejumlah letupan TNT diletakkan di bawah mimbar yang beliau selalu sampaikan khutbah pada setiap Jumaat. Sesungguhnya dengan kuantiti itu, jika ia telah meletup, hal itu akan menghancurkan masjid tersebut, bersama-sama dengan segala benda dan kesemua orang di dalamnya. Ratusan umat Islam akan terbunuh, tetapi Allah telah memberi perlindungan dan bom itu tidak meletup.

Musuh-musuh beliau bertekad untuk menyelesaikan tugas jelik mereka, mencuba komplot lain di Peshawar, dan tidak lama selepas kejadian sebelumnya pada tahun yang sama, ketika Allah (SWT) menghendaki agar Sheikh Abdullah Azzam harus meninggalkan dunia ini untuk berada disisi berdekatan-Nya (kita berharap bahawa ia begitu), Syeikh telah pergi dengan cara yang mulia. Pada hari Jumaat, November 24, 1989. Musuh-musuh Allah meletakan tiga bom di sebuah lorong yang begitu sempit dengan hanya satu kereta pun susah untuk melaluinya. Itu adalah jalan yang Syeikh AbdullahAzzam selalu gunakan untuk perjalanan ke Solat Jumaat. Pada hari Jumaat itu, Sheikh, bersama dengan dua anaknya, Ibrahim dan Muhammad, dan dengan salah satu anak Allahyarham Syeikh Tameem Adnani (seorang lagi pahlawan dari Jihad Afghan), memandu sepanjang lorong itu. Kereta itu berhenti di kedudukan bom pertama, dan Sheikh turun untuk berjalan-kaki seterusnya. Para Musuh, sedang menunggu, kemudian meletupkan bom itu. Sebuah ledakan keras dan gemuruh hebat terdengar di seluruh bandar.

Orang-orang keluar dari masjid, dan melihat pemandangan yang mengerikan. Hanya serpihan kecil daripada kereta tersebut yang tinggal. Ibrahim terlayang 100 meter ke udara, dua lainnya pemuda itu tercampak serupa jauh, dan mayat mereka bertaburan di antara pohon-pohon dan kabel elektrik. Sedangkan Sheikh Abdullah Azzam sendiri, tubuhnya dijumpai bersandar pada sebuah dinding, benar-benar sempurna dan tidak sama sekali kecacatan, kecuali terdapat beberapa darah mengalir keluar dari mulutnya.

Ledakan membawa maut itu menamatkan perjalanan Sheikh Abdullah Azzam di dunia ini yang telah menghabiskan baik dalam berjuang, bekerja keras dan berperang di jalan Allah (SWT). Ia juga telah menjamin hidup yang lebih nyata dan kekal di taman Syurga – kita meminta Allah bahawa ia begitu -, bahawa beliau akan menikmati bersama teman-teman terkemuka dari

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

“orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” [Quran, 4:69].

Dengan cara inilah bahawa pahlawan hebat dan reformis Islam berangkat dari medan Jihad dan daripada dunia ini, tidak untuk kembali. Beliau dikebumikan di Makam Pabi Para Shuhadaa ‘di Peshawar, di mana beliau bersama dengan ratusan Shuhadaa lain. Semoga Allah menerima beliau sebagai seorang syahid, dan menempatkan beliau di Syurga tertinggi. Perjuangan yang beliau telah pertahankan akan berterusan, meskipun kewujudan musuh-musuh Islam. Tidak ada Bumi Jihad di dunia pada hari ini, atau seorang Mujahid berperang di jalan Allah, yang tidak terpengaruh oleh kehidupan, ajaran dan karya Sheikh Abdullah Azzam (Semoga Allah merahmatinya).

Kami meminta Allah (SWT) untuk menerima amalan Sheikh Abdullah Azzam dan membawanya ke bahagian tertinggi Syurga. Kami meminta Allah (SWT) untuk melahirkan lebih ramai Sheikh yang berkaliber untuk Ummah ini, yang akan membawa pengetahuan mereka ke medan perang dan bukan hanya mengehadkannya dalam buku.

Dengan artikel ini, kami mencatat peristiwa-peristiwa sejarah Islam yang berlaku dalam sepuluh tahun daripada 1979 hingga 1989, dan masih berterusan. Seperti Sheikh Abdullah Azzam sendiri pernah berkata, “Sesungguhnya sejarah Islam tidak tertulis melainkan dengan darah para Shuhadaa’, melainkan dengan kisah-kisah para Shuhadaa’ dan melainkan dengan contoh para Shuhadaa’. “

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk diunggulkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” [Quran, 9:32-33].

Sumber: www.azzam.com

3 comments: